BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Nanm Dinh FC 1-1 JDT | 

Terdapat 1132 berita berdasarkan kata kunci carian " kemajuan"

Laporan WEF: 65 Peratus Negara Catat Peningkatan Prestasi Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan kemajuan terpantas sejak sebelum pandemik COVID-19, dengan 65 peratus daripada negara yang ditinjau mencatatkan peningkatan.

Ekonomi Malaysia Kekal Stabil Di Sebalik Perubahan Dinamik Perdagangan Global - BNM

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan ekonomi Malaysia kekal stabil meskipun wujud ketidaktentuan perdagangan global, dengan optimisme terhadap rundingan perdagangan yang sedang diadakan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Petronas Sokong Rasionalisasi Subsidi Bahan Api Demi Agenda Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menyambut baik langkah rasionalisasi subsidi petrol sambil menegaskan bahawa subsidi itu adalah tidak mampan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.

EPIC, GTR Jalin Kerjasama Bagi Perkukuh Tenaga Hijau Dalam Operasi Penerbangan

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Ground Team Red Sdn Bhd (GTR) bagi meneroka bekalan dan pemasangan panel solar di terminal kargo GTR serta gudang pusat penyelenggaraan peralatan perkhidmatan darat.

WCR 2025 : Lonjakan Membanggakan Malaysia Bukti Reformasi Kerajaan MADANI Berhasil - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan lonjakan membanggakan kedudukan Malaysia dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 sebagai petunjuk jelas usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.

Felda Hantar Dokumen Tawaran Bagi Pelan Penyusunan Semula FGV, Tarikh Tutup 7 Julai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan pihaknya telah menghantar dokumen tawaran untuk rancangan penyusunan semula FGV Holdings Bhd dengan tarikh tutup tawaran pada 5 petang, Isnin, 7 Julai 2025, melainkan tarikh itu dilanjutkan.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesalinghubungan Global Berdepan Tekanan Susulan Ketegangan Geopolitik Meningkat – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kesalinghubungan global berdepan tekanan berikutan ketidaktentuan yang meningkat, menjejaskan kebolehjangkaan, kebolehpercayaan serta kestabilan sistem perdagangan dan ekonomi global sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TNB: Kekukuhan Hari Ini, Jaminan Masa Depan Lebih Cerah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.

Arisprop Capital Sasar Bawa Jenama Aris Burger Ke Pasaran China Pada 2027

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pengeluar makanan sejuk beku, Arisprop Capital Bhd merancang untuk membawa jenama Aris Burger menembusi pasaran China menjelang 2027 sebagai sebahagian daripada strategi peluasan global syarikat.

Pemimpin Berpengaruh Industri Berhimpun Di Energy Asia 2025, Pacu Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Valet Technology Sasar Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada Suku Pertama 2026

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Valet Technology Sdn Bhd menyasarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada suku pertama 2026 sejajar dengan langkah syarikat memperluas perniagaannya dalam penyelesaian keselamatan siber dan identiti.