Terdapat 6107 berita berdasarkan kata kunci carian "emas"

BMW Group Malaysia Bincang Dengan Entiti Kerajaan Berkaitan Pemasangan EV

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- BMW Group Malaysia kini sedang mengadakan perbincangan dengan kerajaan dan rakan kongsi tempatan dalam rancangannya untuk memasang unit kenderaan elektrik (EV) di Malaysia seiring dengan pengecualian cukai untuk pemilik EV sehingga akhir 2025.

Petronas Chemicals Catat Kerugian Bersih RM789 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM789 juta pada suku ketiga berbanding keuntungan bersih RM424 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Malaysia Selaras Ekonomi Sebenar Dan Pasaran Modal, Pacu Pertumbuhan Inklusif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menyelaraskan ekonomi sebenar dengan perkembangan berterusan dalam pasaran modal ketika negara melakukan transformasi terhadap kerangka ekonominya, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

MATRADE, EXIM Bank Meterai MoU Bagi Tingkatkan Promosi Perdagangan

Daripada Zarul Effendi Razali

DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan kerjasama dalam mempromosikan perdagangan atas dasar kesaksamaan dan faedah bersama.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari dipengaruhi oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Rekod FDI Malaysia Perkukuh Kedudukannya Sebagai Peserta Ekonomi Utama Di ASEAN - Forbes

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rekod pencapaian Malaysia dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan negara ini semakin terkemuka sebagai peserta ekonomi utama dalam rantau ASEAN.

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

RM44.2 Juta Akaun Sejahtera Dicarum Bagi Program I-lindung Hingga September 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024, kata Timbalan Kementerian Kewangan Lim Hui Ying.

Permodalan Pasaran Ekuiti Meningkat Bukti Pemulihan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Bercampur-campur Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Bercampur-campur Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street kerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.

Pengerusi LSH Terima Anugerah Tokoh Terkemuka Di MCIEA 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) – Pengerusi Lim Seong Hai (LSH) Capital Bhd Tan Sri Lim Keng Cheng diiktiraf sebagai penerima Anugerah Tokoh Terkemuka (Prominent Player Award) di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang mengiktiraf sumbangan transformatif dan kepimpinan berwawasan beliau dalam industri pembinaan.