6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd hari ini mengumumkan komitmen RM200 juta selama lima tahun sehingga 2030 di bawah platform “Kita Bagi Jadi Komuniti” (KBJK) dalam usaha memajukan pelanggan dan masyarakat.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual telah mengisytiharkan pengagihan berjumlah lebih RM109 juta bagi lima dana pada 30 Jun, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 30 April, 2025 susut kepada RM115.0 juta daripada RM203.0 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Epal dan oren dikecualikan daripada peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana buah-buahan berkenaan tidak boleh ditanam di Malaysia dan ramai rakyat Malaysia membelinya, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM671 juta pada suku ketiga berakhir 30 April, 2025, meningkat lima peratus tahun ke tahun, dipacu oleh prestasi kukuh dalam projek pembinaan domestiknya.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd (Powerwell), Powerwell International Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak pusat data bernilai RM8.3 juta daripada PT Duta Listrik Graha Prima.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Trovon Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung Destini Bhd, telah memeterai dua perjanjian bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih komponen kereta api elektrik bagi 58 set tren yang beroperasi untuk Laluan 1 (Sungai Buloh-Kajang) Transit Aliran Massa (MRT).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia merekodkan aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah RM51.5 bilion pada 2024, meningkat daripada RM38.6 bilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Syarikat bersekutu HSS Engineers Bhd (HEB), HSS Integrated Sdn Bhd (HSSI) memperoleh kontrak perundingan bagi Projek Pemodenan Pengangkutan Awam Davao di Filipina.
7bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka.