9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan.
9bulan ago
IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan pengeluar produk gelatin halal terkemuka dunia, Leiner Gelatine Sdn Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kekal tinggi ketika ditutup hari ini menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 17-18 September.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yakin sistem tetingkap tunggal Malaysia yang akan diharmonikan bersama kastam China akan memudahcara operasi perniagaan dan perdagangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun hadapan akan membuka peluang yang sangat baik kepada negara untuk mengembang serta mengukuhkan hubungan perdagangan, bukan sahaja dengan anggota ASEAN tetapi dengan negara-negara ASEAN Plus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept -- Malaysia bercadang untuk memperluaskan pengiktirafan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke lebih banyak negara menerusi kerjasama diplomasi Halal.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup tinggi, menjelang keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengenai kadar faedah esok, dengan jangkaan penurunan kadar faedah yang ketara meningkatkan sentimen.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata industri halal yang bersifat menyeluruh mampu melengkapi ekonomi Islam terutamanya dalam aspek perdagangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat dalam dagangan awal hari ini, menjejaki kenaikan dalam kadar asas pasaran tunai.