Terdapat 890 berita berdasarkan kata kunci carian " aset"

Unit Hibiscus Petroleum Raih Lanjutan 20 Tahun Kontrak PM3 CAA

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd. dan Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd. (HML PM3) memeterai perjanjian prinsip utama dengan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (PetroVietnam).

PNB Perkukuh Portfolio Dengan Lepaskan Pegangan Dalam Pelaburan Legasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.

Pemegang Saham WCT Lulus Penyenaraian Paradigm REIT Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pemegang saham WCT Holdings Bhd (WCT) telah meluluskan cadangan penyenaraian Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) di Pasaran Utama, Bursa Malaysia Securities Bhd.

Pasaran Ekuiti, Kewangan Malaysia Mampu Harungi Ketidaktentuan Ekoran Tarif AS - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.

AEON Credit Service Catat Keuntungan Bersih Lebih Rendah Pada RM370.61 Juta

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah untuk tahun kewangan berakhir pada 28 Februari 2025 sebanyak 12.6 peratus kepada RM370.61 juta berbanding RM424.01 juta untuk tahun kewangan 2024 yang berakhir pada 29 Februari 2024. 

Kumpulan PHB Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Bagi AHB

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan interim 2.50 sen seunit untuk unit amanah patuh syariahnya, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2025.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.5 Bilion Pada 28 Mac, 2025

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Dengan Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Peningkatan Ketegangan Perdagangan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini, seiring penurunan mata wang Asia yang lain susulan kebimbangan berterusan mengenai peningkatan ketegangan perdagangan.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS, Ketidaktentuan Pasaran Berterusan

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian selepas ketidaktentuan pasaran yang berterusan disebabkan tarif timbal balas global oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 4.41-4.442 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan antara paras 4.41 dan 4.42 berbanding dolar AS pada minggu depan, kata seorang penganalisis.