BERITA TERKINI   AI dan transformasi digital harus selesaikan kesenjangan digital dalam kalangan rakyat - PM Anwar | KDN sedang bangunkan sistem canggih, saring penumpang lebih awal dan tingkatkan keselamatan perjalanan udara - Saifuddin Nasution | RUU berhubung operasi kawalan sempadan bersama bagi RTS Link Johor Bahru-Singapura dijangka dibentang Februari 2026 - Saifuddin Nasution | Keuntungan bersih Maybank meningkat kepada RM2.63 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM2.53 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun kewangan 2024 | Untung bersih Public Bank Bhd bagi suku kedua susut kepada RM1.76 bilion, dan mencatatkan perolehan berjumlah RM7.35 bilion  | 

Terdapat 1112 berita berdasarkan kata kunci carian " kenaikan"

Prestasi Perdagangan Malaysia Catat Pertumbuhan 5.9 Peratus Kepada RM223.89 Bilion

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mengekalkan momentum positif pada Februari 2025, mencatatkan pertumbuhan 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM223.89 bilion, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya  dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Pengukuhan Harga Minyak Kacang Soya

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, mengubah kerugian pada awalnya susulan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.

Fitch Ratings Jangka Dunia Catat Pertumbuhan Perlahan Pada 2.3 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) --Fitch Ratings menjangkakan dunia mencatatkan pertumbuhan perlahan kepada 2.3 peratus tahun ini "jauh lebih rendah daripada unjuran terkini" dan susut daripada 2.9 peratus pada 2024.

Industri Barang Kemas Kekal Berdaya Tahan Walaupun Harga Emas Meningkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor barang kemas Malaysia kekal berdaya tahan, dengan permintaan kukuh yang berterusan walaupun harga emas meningkat, sebahagian besarnya didorong oleh menghargai emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai simbol kekayaan dan pelaburan yang dipercayai atau aset selamat.

Harga MSM Diunjur Diniagakan Antara RM4,400 Hingga RM4,600 Tan Pada Mac - MPOC

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan berubah-ubah antara RM4,400 dan RM4,600 setan pada Mac 2025, dipengaruhi oleh peningkatan persaingan daripada minyak kacang soya dan harga kompetitif di pasaran global.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.

Belian Kukuh Saham Pelbagai Sektor Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk sesi ketiga berturut-turut hari ini, didorong pembelian secara meluas pelbagai sektor susulan jualan besar-besaran baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Perang Tarif AS Terus Jejas Ekuiti Asia Dengan Aliran Keluar Bersih US$6.73 Bilion - MIDF

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelabur asing mengekalkan pandangan lemah terhadap ekuiti Asia, terus mencatatkan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran keluar yang ketara berjumlah US$6.73 bilion (US$1=RM4.43) kecuali Filipina manakala pelabur tempatan membantu Bursa Malaysia meredakan impak daripada aliran keluar pasaran yang lebih luas.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi pada pagi Isnin menjejaki prestasi Wall Street yang positif minggu lepas berikutan sentimen pasaran baharu selepas pelabur tidak mengambil kira kebimbangan berkaitan tarif, kata penganalisis.