Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
Kontrak Mac 2025 naik 12.5 mata kepada 1,520.0, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing meningkat 13.5 mata kepada 1,523.0 dan 1,525.5 manakala September 2025 menambah 13.0 mata kepada 1,512.0.
Jumlah dagangan menyusut kepada 6,916 lot daripada 11,981 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 44,243 kontrak daripada 49,602 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI berkembang sebanyak 15.66 mata atau 1.04 peratus kepada 1,527.81 daripada 1,512.15 ketika ditutup pada Jumaat.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup esok (18 Mac) bersempena cuti umum Nuzul al-Quran.
-- BERNAMA