BERITA TERKINI   Kerajaan terbuka terima kritikan, perlu sokong usaha bersihkan negara daripada rasuah - PM Anwar  | Kabinet bersetuju memberi diskaun tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 - Menteri Kerja Raya | 

Terdapat 1117 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang "

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.

Kemahiran Pelaporan Berita Ekonomi Penting Ketika Tarif Kuasai Tajuk Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.

Ringgit Terus Meningkat Berbanding Dolar AS Berikutan Ketidaktentuan Tarif

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah, yang menyusut 0.25 peratus kepada 98.386 mata.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, menjejaki aliran penurunan niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.

Ringgit Naik, Dolar AS Hambar Meskipun Wujud Keyakinan Baharu Terhadap Rundingan Perdagangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ekoran dolar AS mengalami prestasi hambar, dengan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.1 peratus kepada 99.0 mata, walaupun wujud keyakinan baharu terhadap kemungkinan hasil positif daripada rundingan perdagangan AS-China.

UOB Berperanan Dalam Pembiayaan Pusat Data RM15 Bilion Di JS-EEZ

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mengumumkan peranannya sebagai penyelaras bersama, pengatur utama yang dimandatkan, penaja jamin dan penyelaras bersama dalam salah satu transaksi pembiayaan pusat data terbesar di Asia Tenggara.

Johor Dijangka Kendali 60 Peratus Kapasiti Pusat Data Malaysia Menjelang 2030 -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Johor dijangka mengendalikan 60 peratus daripada jumlah kapasiti pusat data Malaysia menjelang 2030, mengukuhkan peranannya sebagai hab digital bagi Asia Tenggara.

Menteri Kewangan APEC Akan Lancarkan Pelan Hala Tuju Baharu Pada Oktober - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Menteri-Menteri Kewangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan memperkenalkan pelan hala tuju baharu pada Oktober ini bagi menggantikan Pelan Tindakan Cebu, yang akan menetapkan keutamaan bagi Proses Menteri Kewangan (FMP) dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Rundingan Perdagangan AS-China Diteruskan

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan pasaran meneruskan pemantauan terhadap rundingan perdagangan selanjutnya antara Amerika Syarikat (AS) dan China di London, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur dan peniaga berhati-hati mengenai hasil rundingan perdagangan antara China dan AS.