9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi pasaran niaga hadapan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan kenaikan tarif selain penyusutan ketara harga minyak mentah, kata penganalisis.
9bulan ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 3 April (Bernama) -- Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengalihkan ekonominya ke tahap produktiviti yang lebih tinggi untuk kekal berdaya saing selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan tarifnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan rendah sedikit selari dengan pasaran serantau, apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan pelan tarif timbal baliknya.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pasaran kewangan global dan ekonomi serantau yang bergantung kepada eksport termasuk Malaysia harus bersiap sedia untuk peningkatan kemeruapan susulan pengenaan tarif yang agresif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkuat kuasa 5 April dan 9 April 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius mengenai kenaikan tarif 10 peratus dan tarif timbal balik yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia ke negara itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi hari ini apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia rendah 0.52 peratus dalam dagangan awal hari ini seiring dengan pasaran serantau berikutan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara berkuat kuasa 5 April dan “tarif timbal balik individu yang lebih tinggi” di negara tertentu berkuat kuasa 9 April.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang negara maju itu mengukuh selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meningkat pada akhir urus niaga Rabu didorong oleh aktiviti memburu saham berharga rendah walaupun sentimen pasaran secara keseluruhannya kekal berhati-hati, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelabur asing kembali ke pasaran Asia dengan aliran masuk bersih sederhana sebanyak US$93.8 juta