BERITA TERKINI   Bekas pemimpin parti politik Johor parah dipercayai tertembak diri sendiri semasa proses mengosongkan senjata di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam - Ketua Polis Johor | SkyeChip Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama sasar raih RM352 juta melalui IPO | 30 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 30 rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Bokara, Kampung Karamunting, Sandakan - Bomba Sabah | 

Terdapat 828 berita berdasarkan kata kunci carian " donald trump"

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diunjur diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan apabila peserta pasaran dijangka mengambil pendekatan berhati-hati dan bukan senaliknya memberi reaksi spontan, yang sepatutnya membantu mengehadkan pergerakan turun naik jangka pendek.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Global Ke Paras Tertinggi Baharu

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup dengan kukuh pada Jumaat, mengikuti rapat pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu US$2,990,21 seaun, kata seorang penganalisis.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Dalam Persekitaran Ketegangan Perdagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus mencatatkan penurunan, melepasi paras sokongan 1,490-1,500, didorong oleh kebimbangan pelabur yang meningkat terhadap kesan potensi pertikaian perdagangan global yang semakin memuncak.

Potensi Ekonomi AS Meleset, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Rabu susulan tekanan jualan bagi saham perkhidmatan kewangan dan perladangan terpilih, di tengah-tengah ekuiti Amerika Syarikat (AS) terus berdepan ketidaktentuan berikutan kemungkinan berlakunya kemelesetan di negara maju itu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kebimbangan Terhadap Kelembapan Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan, dibuka rendah pada Selasa dipengaruhi oleh prestasi hambar Wall Street.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Selepas Dolar US Mengukuh

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini, mencerminkan kerugian di pasaran emas Comex Amerika Syarikat (AS) selepas pengukuhan dolar US di tengah-tengah kebimbangan mengenai dasar perdagangan Donald Trump.

Perbelanjaan Domestik, Pelaburan Kukuh Teguhkan Ekonomi Dalam Cabaran Global – HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

BMI Jangka BNM Kekalkan OPR Sepanjang 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan permintaan yang lemah. 

BNM Dijangka Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus – Ahli Ekonomi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, dalam persekitaran kadar faedah yang stabil, kata ahli ekonomi.