11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
11bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Isu berkaitan rancangan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) antara perkara akan dibincangkan pada sesi Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal di atas trend pada 4.5 peratus, dipacu terutamanya oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh, kata UBS Investment Bank Global Research.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diunjur mengumumkan kadar dividen bagi 2024 dalam julat 6.0-6.2 peratus, didorong oleh keadaan ekonomi global serta domestik yang memberangsangkan, kata penganalisis.
11bulan ago
KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
11bulan ago
Oleh Ahmad Erwan Othman dan Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, perlu menggalakkan penubuhan zon ekonomi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota sebagai usaha meningkatkan potensi ekonomi negara jiran masing-masing.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh dan berdaya tahan di rantau ini untuk menghadapi cabaran geostrategik yang semakin hampir, contohnya tarif yang baru dikenakan Amerika Syarikat dan tarif balas oleh negara yang terlibat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kepusatan ASEAN adalah suatu keistimewaan yang perlu diraih dan dikekalkan secara berterusan oleh 10 negara anggota dalam dunia yang semakin ditentukan oleh perubahan dinamik geopolitik dan kepentingan negara yang pelbagai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.