6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Seramai 220 usahawan dari kalangan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menyertai Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang akan berlangsung pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
6bulan ago
KAMPAR, 26 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan nilai pasaran keseluruhan melebihi RM1.9 trilion pada separuh pertama 2025. Ia juga mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju aktiviti Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Asia Tenggara.
6bulan ago
IPOH, 26 Julai (Bernama) -- Negeri Perak kini berada di landasan baharu dalam pembangunan perindustrian apabila sebahagian daripada pelaburan strategik negara berjumlah RM63 bilion mula memberi kesan langsung khususnya dalam sektor semikonduktor serta automotif.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, menjejaki emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah potensi pemuktamadan perjanjian perdagangan AS dengan negara Kesatuan Eropah (EU) dan Asia Pasifik, kata seorang penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Dua projek pelaburan asing yang diumumkan semasa misi perdagangan dan pelaburan kerajaan ke luar negara kini telah mula dilaksanakan sekali gus menepis dakwaan bahawa tiada hasil diperoleh daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd mengekalkan saranan positif terhadap Malakoff Corporation Bhd, didorong oleh kedudukan kukuhnya untuk meraih tender Suruhanjaya Tenaga (ST) di tengah-tengah peningkatan permintaan tenaga.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- AIMS Data Centre Sdn Bhd (AIMS) telah memacu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab data terkemuka Asia Tenggara dengan melengkapkan blok hab datanya di Cyberjaya lebih awal daripada jadual.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, MMAG SkyAssets Ltd telah memeterai perjanjian bersyarat jual beli pesawat untuk membeli sebuah pesawat kargo Boeing 737-800BCF pada harga tunai US$25.9 juta (RM109.85 juta).
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen optimis bahawa Malaysia mampu meraih perjanjian dagangan lebih menarik dalam rundingan tarif dengan Washington, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pelan kerajaan untuk menurunkan harga petrol RON95 dilihat sebagai langkah positif untuk mengurangkan kos sara hidup dan menyokong penggunaan swasta dalam ketidaktentuan ekonomi global, menurut bank pelaburan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi bersepadu (telcoi) Malaysia, Maxis telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Aduna, yang merupakan usaha niaga penting antara sebilangan pengendali telekomunikasi terkemuka dunia.
6bulan ago
MELAKA, 24 Julai (Bernama) -- MTD Properties menyasar melaksanakan pembangunan strategik baharu di Ayer Keroh membabitkan nilai pelaburan kira-kira RM4 bilion pada masa akan datang.