1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membentangkan cadangan semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini kepada Kementerian Kewangan (MoF) minggu lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ekspo ASEAN-China 2024 di Nanning, China pada 24-28 September ini akan menyaksikan penyertaan 150 organisasi Malaysia yang diketuai oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysa (MATRADE).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- SME Bank Malaysia Bhd, melalui program eksport perniagaan (BEP) telah menjana jualan eksport tambahan lebih RM74 juta setakat 31 Ogos 2024, dengan 65 peratus syarikat memasuki pasaran eksport baharu.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.
1tahun ago
LABUAN, 22 Sept (Bernama) -- Syarikat berkaitan kerajaan Sabah, Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB) yang berpangkalan di sini meraih pencapaian penting di peringkat antarabangsa apabila menerima pelanggan antarabangsa pertama, Prime Energy Resources Development BV dari Filipina.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kepimpinan Majlis Perniagaan ASEAN-India (AIBC) yang baharu dilantik mengesahkan komitmennya untuk menggalakkan kerjasama sektor swasta dalam perdagangan dan pelaburan, selaras dengan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
SHAH ALAM, 21 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd yakin Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu pengeluar kereta nasional itu untuk mencapai matlamat menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara ini.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.