10bulan ago
BANGI, 18 Feb (Bernama) -- Segmen perniagaan katering penerbangan Brahim's Holdings Bhd (Brahim’s) kini beransur-ansur pulih seiring prestasi syarikat penerbangan antarabangsa yang kembali beroperasi dalam pasca pandemik, termasuk beberapa syarikat baharu yang berminat mendapatkan perkhidmatannya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup tinggi, dipacu oleh permintaan terhadap aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai rundingan damai Rusia-Ukraine.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Selasa berikutan penjualan berlaku di kaunter wajaran tinggi, terutama Malayan Banking Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak memperakui aspirasi Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di negeri berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Thailand dan Malaysia sedang mempercepat usaha untuk memanfaatkan potensi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan sasaran mewujudkan koridor ekonomi yang berkembang maju di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
10bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.
10bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).
10bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas laporan inflasi Amerika Syarikat (AS) tinggi daripada jangkaan, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap aset selamat.
10bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila mata wang tempatan itu membetulkan kedudukannya selepas mengalami keadaan terlebih jual.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila data terkini inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan peningkatan membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedahnya.
10bulan ago
PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Turkiye menyasar untuk menggandakan perdagangannya dengan Malaysia kepada US$10 bilion selepas melepasi paras US$5 bilion pada 2024, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan.
10bulan ago
Oleh Razif Rosli dan Muhamad Adzhar Tajudin
LUMUT, 10 Feb (Bernama) -- Projek Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) yang dirancang untuk pembangunan selama 25 tahun, dilihat bukan sahaja dapat menjana ekonomi negeri Perak dalam jangka masa panjang malah menjadi pelengkap kepada sektor pelabuhan negara.