9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan kebanyakannya meningkat dalam dagangan awal hari ini.
9bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Selasa, menjejaki prestasi Wall Street ketika sentimen beralih menjadi berhati-hati di tengah-tengah peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarkat (AS) serta harga minyak mentah, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih positif apabila mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah global Brent yang melepasi paras US$80 setong, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Syarikat yang dikaitkan dengan hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Aurora Mulia Sdn Bhd telah melupuskan 353.81 juta saham dalam Media Prima Bhd dan tidak lagi menjadi pemegang saham besar dalam syarikat itu.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, didorong kekukuhan dalam pasaran minyak mentah dalam keadaan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah, kata peniaga minyak sawit David Ng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjejaki pasaran tunai pendasar.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan kenaikan pangkat Ketua Pegawai Operasinya Mustaffa Kamal Abu Bakar kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mendorong peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah yang lebih kecil.
9bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin, mencerminkan trend mata wang Asia lain, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh daripada jangkaan untuk September.
9bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) - Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah aliran meningkat serantau yang mendapat rangsangan daripada aktiviti membeli saham pada harga rendah terutamanya dalam kaunter komoditi dan barangan pengguna.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain berlaku gangguan bekalan akibat cuaca buruk di Thailand, kata seorang peniaga.