9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia komited dalam usaha memacu peralihan hijau yang bukan setakat merangkumi kawasan sempadannya, malah di serata Asia Tenggara selain akan terus mengetengahkan dasar, teknologi serta amalan mampan yang memberi manfaat ke atas seluruh rantau itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dalam proses akhir untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.
9bulan ago
KUCHING, 14 April (Bernama) -- Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya supaya dapat disesuaikan dengan ketidaktentuan global pada masa ini susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berakhir hari ini menyaksikan perkumpulan itu menyokong Penyampaian Ekonomi Utama (PED) Malaysia di tengah-tengah isu tarif AS yang menjejaskan negara anggota.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing akan berterusan sehingga terdapat kejelasan mengenai hala tuju dasar khususnya mengenai tempoh tarif, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pembangunan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Perak dijangka menarik pelaburan sebanyak RM72 bilion dan mewujudkan lebih 50,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 25 tahun akan datang, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, dalam usaha menetapkan tarikh Mesyuarat Khas Pemimpin untuk membincangkan hala tuju blok tersebut dalam menangani dan mengurangkan potensi gangguan terhadap perdagangan serantau disebabkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia dan rantau Asia Pasifik yang luas berpotensi besar untuk muncul sebagai peneraju global dalam revolusi tenaga bersih, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
Oleh CW Sim
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan tarif timbal balas ke atas Malaysia pada 2 April, 2025, ia terbukti hanya menyemarakkan kebimbangan di serata Asia Tenggara.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd kini hampir mencapai RM15 bilion bagi perniagaan perbankan mampan baharu untuk projek hijau sekali gus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang tahun kewangan sasaran 2027.