8bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) secara aktif sedang mentakrifkan semula seni bina ekonomi Johor di luar sektor tradisional dengan membentuk gelombang platform industri yang akan datang, bermula dari pembuatan termaju sehingga kepada teknologi makanan, infrastruktur digital, sistem ekonomi kitaran dan pertanian berasaskan kecerdasan buatan (AI).
8bulan ago
SHAH ALAM, 28 Mei (Bernama) -- BAADER, peneraju global dalam bidang pemprosesan dan teknologi makanan, secara rasmi membuka kilang pengeluaran terbaharunya, BAADER Food Systems Asia Sdn Bhd, di sini hari ini.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) --Keuntungan dalam pasaran getah Malaysia terencat untuk ditutup lebih rendah berikutan kerugian di pasaran niaga hadapan getah serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).
8bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Industri perkayuan terus menjadi antara penyumbang utama kepada ekonomi Sarawak apabila nilai eksport sektor itu mencatat RM625 juta dalam suku pertama tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengkaji penggabungan Halal Development Corporation (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak pengukuhan dolar AS susulan peningkatan keyakinan pengguna di negara maju itu serta kebimbangan berterusan terhadap isu tarif global.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif meneruskan trend menaiknya untuk ditutup lebih tinggi hari ini selepas sentimen pasaran dirangsang oleh kenaikan dalam harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago.
8bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan peniaga mengambil untung selepas pengukuhan unit tempatan itu baru-baru ini selain ditekan prospek ekonomi global yang tidak menentu.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini selepas didorong oleh pengukuhan dalam harga minyak mentah dan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF) mengesyorkan agar pelabur menerima tawaran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi mengambil alih semua baki saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV).