10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia dan China akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam rantaian bekalan, inovasi teknologi dan pengembangan pasaran minyak sawit tahun ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
10bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Produktiviti Malaysia telah menunjukkan pertumbuhan bagaimanapun tidak cukup pantas terutamanya jika dibandingkan dengan negara lain yang pernah berada pada kedudukan sama, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Malaysia untuk beralih dari rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwi rangkaian bagi 5G dijangka memacu persaingan, menarik pelaburan dan mempercepatkan transformasi digital negara, kata Persatuan GSM (GSMA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membeli saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada harga RM11 sesaham adalah bagi memastikan MAHB di landasan tepat untuk disenaraikan semula dengan harga lebih tinggi.
10bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited untuk memastikan Malaysia terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik termasuk potensi pelaksanaan ‘mothballing’ dan ‘co-firing’ serta meneroka sumber tenaga lebih bersih dan boleh diperbaharui untuk penghasilan elektrik.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) yang dipantau oleh Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IR), menggariskan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan dan penerimagunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan blockchain.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Usaha penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dijangka membuahkan hasil dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan yang tradisional serta memberi tumpuan kepada kerjasama yang bersifat transformasi dan berorientasikan masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.