BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 2341 berita berdasarkan kata kunci carian " asa"

Belanjawan 2026 Seimbangkan Fiskal Dengan Pertumbuhan Jangka Panjang -- FMM

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dianggap belanjawan yang seimbang dari segi hala tuju utamanya kerana ia meneruskan usaha konsolidasi fiskal kerajaan melalui langkah-langkah pengurangan defisit, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Pemaju Hartanah Gesa Institusi Kewangan Sokong Inisiatif Sewa Untuk Beli

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah berharap gesaan kerajaan kepada institusi kewangan supaya menyokong inisiatif sewa untuk beli (RTO) akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. 

Pemandu e-hailing, p-hailing Didaftarkan Sebagai Ahli KWSP Di Bawah i-Saraan Plus Baharu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Program i-Saraan Plus yang baharu diperkenalkan dan disesuaikan untuk pemandu e-hailing dan p-hailing yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 merupakan lanjutan daripada kejayaan program i-Saraan, kata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pelan Hala Tuju Automotif Jangka Panjang Asas Kekalkan Pertumbuhan -- Carsome

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2026 turut mengetengahkan keperluan hala tuju automotif jangka panjang yang lebih jelas dalam usaha mengekalkan pertumbuhan industri itu serta keyakinan pelabur, kata Carsome.

Belanjawan 2026 Amat Positif, Sedia Pelan Pragmatik Bantu PMKS -- SAMENTA

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menganggap Belanjawan 2026 sebagai positif dan satu pelan pragmatik yang mengiktiraf peranan penting perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memacu dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

Inti Pati Daripada Laporan Tinjauan Ekonomi Dan Fiskal 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berikut ialah inti pati daripada Tinjauan Ekonomi 2026 dan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026:

Pasaran Kewangan Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Disokong Ekonomi Dan Dasar Monetari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Prospek pasaran kewangan Malaysia kekal positif disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dasar monetari yang menyokong dan pembaharuan struktur yang berterusan demi menjamin kemampanan pertumbuhan ekonomi.

Hasil Kerajaan Persekutuan Diunjur Meningkat 2.7 Peratus Kepada RM343.1 Bilion Pada 2026 - Kementerian Kewangan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.

Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang 4 Hingga 4.5 Peratus Pada 2026 - PM Anwar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Ekonomi Malaysia dijangka mengalami pertumbuhan sederhana antara 4 hingga 4.5 peratus pada 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BUDI MADANI RON95 Dijangka Jana Penjimatan, Perkukuh Bantuan Sosial Bersasar -- MOF

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dijangka menjana penjimatan yang dapat disalurkan bagi memperkukuh bantuan sosial bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Kerajaan Peruntuk RM419.2 Bilion Bagi Belanjawan 2026, Naik 1.7 Peratus Dari Belanjawan Disemak 2025

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM419.2 bilion dalam Belanjawan 2026 mewakili 19.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Kementerian Kewangan (MOF).

Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM168.3 Bilion, Naik 2.7 Peratus Pada Ogos 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).