Terdapat 966 berita berdasarkan kata kunci carian " kemudahan"

160 Koperasi Terima Insentif JEJAK SKM

KUALA TERENGGANU, 17 April (Bernama) -- Sebanyak 160 koperasi yang bergiat dalam sektor pelancongan menerima insentif di bawah program Jom Jelajah Koperasi (JEJAK) yang dilancarkan Mei tahun lepas.

T7 Global Peroleh Kontrak EPCC Daripada Petronas

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh T7 Global Bhd (T7 Global), Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (Petronas). 

Aman Seterra Sanctuary Bakal Jadi Perkampungan Persaraan Berkonsepkan Islam Pertama Di Dunia

ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Aman Seterra Sanctuary yang bakal dibina di Kuala Temoyong, Langkawi tahun depan bakal menjadi Perkampungan Persaraan Antarabangsa berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.

EXIM Bank Perkukuh Perdagangan Global Malaysia Menerusi Pembiayaan RM87.80 Juta Untuk Pertama Ferroalloys

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah mengukuhkan perdagangan global Malaysia dengan menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan pembekal berjumlah US$20 juta (RM87.80 juta) dengan Pertama Ferroalloys Sdn Bhd untuk menyokong pengembangan kapasiti pengeluaran syarikat di Bintulu, Sarawak.

Malaysia, China Jalin Kerjasama Perkukuh AI Dan Ekonomi Digital

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).

Subsidiari Nextgreen Bekerjasama Dengan Syarikat China Bangun Fasiliti Pulpa Di Pahang

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Nextgreen IOI Pulp Sdn Bhd (NIP), sebuah syarikat usaha sama (JV) antara Nextgreen Global Bhd (55 peratus) dan IOI Corporation Bhd (45 peratus) telah bekerjasama dengan Hong Kong Paper Sources Co Ltd untuk membangunkan kemudahan pengeluaran pulpa bersepadu bio yang berkapasiti tinggi di Taman Teknologi Hijau, Pekan, Pahang.

Unit Petronas Raih Bekalan Gas Tambahan Melalui Saluran Paip Thailand-Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT)  meraih tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) melalui sistem saluran paip gas Trans Thailand-Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan kepada 400 mmscfd.

Nafco Group Lancar Kemudahan Pembuatan Aeroangkasa Di Seremban Bernilai US$40 Juta

SEREMBAN, 15 April (Bernama) -- My Nafco Precision Sdn Bhd melancarkan kemudahan pembuatan canggih berkaitan aeroangkasa di sini dengan komitmen pelaburan selama 10 tahun bernilai US$40 juta.

U Mobile Lantik Huawei Malaysia, ZTE Malaysia Sebagai Rakan Kerjasama Untuk Rangkaian 5G

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Huawei Malaysia dan ZTE Malaysia sebagai rakan teknologi bagi pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya syarikat tersebut.

Pembangunan Seimbang, Impak Berkekalan: Pelan Tindakan Ekonomi Tun Abdullah Dikenang

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan dikenang bukan sahaja sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima tetapi juga sebagai pemimpin berwawasan yang memperjuangkan pendekatan pembangunan ekonomi lebih inklusif dan seimbang, kata ahli ekonomi.

Pan Merchant Dapat Kelulusan Bursa Malaysia Disenaraikan Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pan Merchant Bhd telah mendapat kelulusan Bursa Malaysia untuk langkah tawaran awam permulaan (IPO) bagi penyenaraiannya di Pasaran ACE dalam suku kedua 2025.

BHPetrol Cadang Bangunkan 30 Stesen Minyak Baharu Di Luar Bandar

JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Bhd, BHPetrol bercadang membina sehingga 30 stesen minyak baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara.