8bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menerajui fasa pertama pelan integrasi grid tenaga serantau yang bercita-cita tinggi, bermula dengan ketersambungan yang berdaya maju dari segi ekonomi antara Vietnam, Malaysia dan Singapura, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- Finland berhasrat untuk memperdalam hubungan ekonomi dengan Malaysia, memfokuskan kepada ekonomi kitaran, penyelesaian tenaga mampan dan pintar, pendigitalan dan semikonduktor bagi merancakkan perdagangan dan pelaburan di rantau ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- MY E.G. Services Bhd (MYEG) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM181.64 juta bagi suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2025 daripada RM155.95 juta dalam tempoh sama sebelum ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, menyasarkan pasaran baharu berpotensi bagi minyak sawit dan mempromosikan inovasi dalam produk hiliran.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN, (TATARSTAN), 17 Mei (Bernama) -- Negara anggota ASEAN sedang mengambil langkah untuk menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangannya sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU (Korea Selatan), 17 Mei (Bernama) -- Malaysia sekali lagi mengulangi komitmennya untuk memupuk persekitaran perdagangan yang berdaya tahan, keterangkuman dan bersedia menghadapi masa depan.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru dunia Islam untuk bekerjasama dan mengukuhkan asas, bermula dengan ekonomi, terutamanya dalam Industri Halal yang dianggarkan bernilai US$3 trilion.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung Kadar Dasar Semalaman (OPR), tetapi bank pusat itu akan memastikan dasar monetarinya kekal kondusif bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga, kata Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) terus memainkan peranan penting dalam membentuk ekonomi global dan landskap perdagangan, kata Menteri Perdagangan Korea Selatan Inkyo Cheong.
8bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
KAZAN (Tatarstan) 15 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Republik Tatarstan mempunyai potensi besar untuk diterokai dan Malaysia bersedia untuk berbincang mengenai isu perdagangan dan ekonomi seperti pengenalan perbankan Islam dan pembangunan industri halal di Kazan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran tindakan unilateral dan peningkatan dasar perlindungan oleh negara-negara kuasa besar ekonomi adalah bertentangan dengan asas perdagangan bebas selain mengancam keseluruhan sistem perdagangan global, khususnya negara kecil sedang membangun.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - ASEAN sedang merundingkan langkah-langkah untuk mengembangkan keahlian dalam dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).