BERITA TERKINI   Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja | Umat Islam di Singapura mula berpuasa pada Khamis, 19 Feb - Mufti Singapura | 

Terdapat 622 berita berdasarkan kata kunci carian " pemimpin"

Forum Ekonomi Belia Sedia Platform Belia Bina Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Forum Ekonomi Belia (YEF) 2024, yang mengumpulkan lebih 1,200 delegasi hari ini, menyediakan platform kepada profesional muda, universiti dan pelajar kolej untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.

Malaysia Aviation Group Sertai CEO Action Network Perkasa Perniagaan Mampan

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai  CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Kerajaan Akan Pastikan Sektor Pembinaan Kekal Kompetitif, Mampan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rafizi Akan Tekankan Isu Kritikal Selatan Global Di Sidang Kemuncak BRICS

PUTRAJAYA, 22 Okt (Bernama) -- Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan menekankan isu-isu kritikal bagi Selatan Global termasuk pembangunan mampan, reformasi sistem tadbir urus global serta situasi geopolitik yang semakin berkembang di Timur Tengah pada 24 Oktober ini di Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus di Kazan, Rusia.

10 Pemula Niaga Menyerlah Di SAP 2024, Sasar Pertumbuhan Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- 10 pemenang dalam Program Pemecut Selangor (SAP 2024) akan bersama lebih 190 syarikat pemula niaga lain yang turut menyertai program itu sejak dilancarkan pada 2018.

Bapa Perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bapa Perbankan Islam Malaysia, Datuk Dr Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini. 

GEM Education Komited Peruntuk RM100 Juta Sokong ASEM Bangun Bakat Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Global EduTech Management Group (GEM Education) komited untuk memperuntukkan RM100 juta bagi menyokong Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) membangunkan bakat bertaraf dunia dan menyediakan pendidikan berkaitan industri bagi masa depan digital yang dipacu semikonduktor.

Malaysia Giat Raih Sokongan Kalangan Negara Anggota BRICS

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang giat meraih sokong daripada kalangan negara anggota BRICS berhubung hasrat negara menyertai blok ekonomi itu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Wasco Raih Kemenangan Berganda Di Anugerah ESG The Edge Malaysia 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt  (Bernama) -- Wasco Bhd telah meraih kemenangan berganda di Anugerah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) The Edge Malaysia 2024.

Belanjawan 2025: Peruntukan Pelancongan Lebih Besar Tarik Pengunjung Ke Malaysia - Fernandes

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.