BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 2-1 JDT | Suhaimi Sulaiman sahkan lepaskan jawatan KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini | 

Terdapat 1601 berita berdasarkan kata kunci carian "ey"

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh minggu depan selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell membayangkan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.

Bursa Malaysia Dijangka Terus Catat Aliran Meningkat Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berada pada aliran meningkat minggu depan, menguji paras psikologi 1,600 dengan kemungkinan terdapat aktiviti pengambilan untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang, kata ahli ekonomi.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Berhati-hati Dengan Keadaan Menurun Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka berlegar-legar dalam jajaran yang terhad dengan kecenderungan menurun, dipacu oleh ketidaktentuan pasaran yang berterusan serta pelbagai ketidakpastian global.

MITI Kemas Kini Rangka Kerja Insentif Pelaburan Bagi Sektor Pembuatan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang mengemas kini rangka kerja insentif pelaburannya bagi sektor pembuatan untuk memastikan ia sejajar dengan hasil yang disasarkan.

Profesional Harta Tanah Tunjang Penting Ekonomi Malaysia - Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Profesion penilaian, perejenan dan pengurusan harta tanah merupakan sektor perkhidmatan profesional yang penting serta menjadi antara tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

MBSB, DayOne Umum Kerjasama Strategik Pacu Ekonomi Digital Johor

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Bernama) -- MBSB Bhd (MBSB) dan DayOne Data Centres hari ini memeterai kerjasama strategik untuk membantu memacu pembangunan infrastruktur digital serta transformasi ekonomi Johor selaras dengan agenda Johor Maju 2030.

BYD Akan Buka Kilang Di Tanjong Malim, Pengeluaran Pertama Dijangka 2026 - Exco

TANJONG MALIM, 22 Ogos (Bernama) -- Tanjong Malim terus berada di landasan kukuh untuk muncul sebagai hab automatif unggul apabila konglomerat multinasional BYD akan membuka kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di bandar itu dengan pengeluaran dijangka bermula pada 2026.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM190.3 Bilion Separuh Pertama 2025, Naik 18.7 Peratus Tahun Ke Tahun

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Bursa Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Naik 4.8 Mata

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, meneruskan peningkatan sebelumnya manakala sentimen kekal berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Kekalkan Trend Meningkat

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata peniaga.

Lebih 30,000 Pekebun Kecil Di Sabah Terima Pensijilan MSPO - Hajiji

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) – Lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah, melibatkan lebih 191,000 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga April 2025, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Khazanah Disaran Wujudkan SOP Analisis Pascanilai Bagi Pelaburan Dilupus Dengan Kerugian - PAC

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu.