20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (S1 2026) merosot 2.9 peratus kepada RM1.91 bilion daripada RM1.97 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih tinggi kepada RM1.03 bilion pada suku ketiga berakhir 31 Mac, 2026 daripada RM946.70 juta pada suku ketiga 2025.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) terus menilai laluan pengewangan bagi beberapa aset portfolio sebagai sebahagian daripada strategi realisasi nilai yang lebih meluas.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Tomei Consolidated Bhd menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu outlet kepada dua outlet menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas tersebut mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.
20hari ago
GEORGE TOWN, 26 Mei (Bernama) -- Pelancaran platform baharu E-Penang Dangerous Cargo and Free Zone (e-PDCFZ) oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) menandakan satu pencapaian penting dalam usaha suruhanjaya itu ke arah tadbir urus pelabuhan yang lebih pintar dan telus.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Censof Holdings Bhd, Century Software (Malaysia) Sdn Bhd telah menerima dua surat penerimaan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk kontrak dengan nilai gabungan RM19.9 juta.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangan bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2026 (S1 TK2026), sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh jaminan tenaga negara, meningkatkan daya tahan grid elektrik serta memastikan manfaat jangka panjang terus dinikmati rakyat dan negara.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan impak yang disokong kerajaan, VentureTECH Sdn Bhd (VentureTECH) membuat pelaburan strategik dalam Pacton Technologies Sdn Bhd (Pacton), bagi mempertingkatkan platform pengurusan akuakultur kecerdasan buatan (AI) dan Internet untuk Pelbagai Benda (IoT), FishSpeak.
21hari ago
IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Misi perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Perak ke China selama lapan hari dari 17 Mei lepas telah membuka prospek dan komitmen pelaburan baharu bernilai lebih RM1.6 bilion melibatkan sektor teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), pusat data, tenaga hijau, automotif dan industri masa depan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia mengulangi penegasan komitmennya terhadap sistem perdagangan global yang terbuka, telus, boleh dijangka serta berasaskan undang-undang ditetapkan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
22hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kalangan pengeluar di ASEAN, termasuk Malaysia, digesa memanfaatkan peluang bernilai sehingga US$1.2 trilion (US$1=RM3.96) menerusi pertumbuhan nilai output kasar yang dipacu kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030, menurut firma perunding pengurusan global, Kearney.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) menzahirkan iltizam berterusan dalam memperkukuh pembangunan bakat perbankan di Malaysia dan rantau ini dengan meraikan lebih 700 profesional perbankan semasa 9th Chartered Banker Conferment Ceremony.