1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara apabila jumlahnya mencecah RM426.7 bilion pada 2025, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Majlis Kewangan Negara (MKewN) hari ini bersetuju meningkatkan pemberian kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang dijangka mencecah RM10.5 bilion tahun ini daripada RM10.3 bilion pada 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kira-kira 60 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpotensi mencapai tahap simpanan asas, iaitu sebanyak RM390,000 pada umur 60 tahun menjelang 2030, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Hampir 6.7 juta penerima program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan menggunakan bantuan itu, setakat 1 Mac 2026, bagi membeli barang keperluan asas di premis berdaftar,
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus kekalkan harga subsidi RON95 pada paras RM1.99 seliter dan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadapi ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Keyakinan rakyat untuk mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap kestabilan institusi kewangan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Pengumuman dividen sebanyak 6.15 peratus bagi simpanan konvensional dan shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tahun 2025 mencerminkan kecekapan pengurusan pelaburan dana simpanan persaraan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Peningkatan nilai ringgit kira-kira 10 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2025 telah menurunkan kos teknologi dan peralatan yang diimport, menjadikannya masa sesuai untuk menerima pakai perisian dan jentera baharu, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Jacob Lee Chor Kok.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2025) 2026 bagi perbelanjaan tambahan perkhidmatan berjumlah RM7.94 bilion daripada Kumpulan Wang Disatukan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Impak keseluruhan pergerakan nilai ringgit terhadap daya saing perdagangan negara dijangka kekal terkawal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.