Terdapat 119 berita berdasarkan kata kunci carian " art"

Bioeconomy Corporation, Polaris Bio Meterai RM700 Juta Pelaburan Projek Biogas-POME

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) dan Polaris Bio Co Ltd memeterai pelaburan sebanyak RM700 juta bagi membangunkan kemudahan penaiktarafan biogas berasaskan efluen kilang minyak sawit (POME) di Malaysia.

Cawangan Baharu Mikro Agrobank Di Sook Beri Manfaat Kepada 31,000 Penduduk Luar Bandar

KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Mikro Agrobank di Sook, Keningau, terletak lebih 300 kilometer dari sini, akan memberi manfaat kepada kira-kira 31,000 penduduk di kawasan itu yang majoritinya menjalankan aktiviti pertanian.

IATA, Pihak Berkepentingan Gesa Kerajaan Percepat Kelulusan Unit Pelepasan Layak CORSIA

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan pihak berkepentingan dalam pasaran karbon menggesa kerajaan di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu bekalan kredit karbon terhad yang disediakan kepada syarikat penerbangan.

Switzerland Perhebatkan Usaha Perkukuh Hubungan Perdagangan Dengan ASEAN

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Switzerland yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, sedang memperhebat usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan ASEAN yang mana rantau itu menyasarkan untuk menjadi blok ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.

Rasa Durian Seperti Keju Biru, PM Anwar Tawan Tunas Rasa Tetamu Makan Malam Gala AEM Ke-57

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- “Diplomasi ASEAN” menyerlah malam ini apabila durian dihidangkan kepada kalangan tetamu Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan tunas rasa mereka apabila menyifatkan rasa buah terkenal itu seakan-akan keju biru.

Anugerah MIHAS 2025 Beri Penghargaan Kepada 14 Perniagaan Halal Dalam Pelbagai Kategori

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anugerah Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-12 baru-baru ini memberi penghargaan kepada 14 perniagaan halal atas pencapaian mereka dalam produk, perkhidmatan, kemampanan, pendigitalan dan inovasi.

Runjian Dari China Puji Sokongan Kerajaan Malaysia Terhadap Inisiatif AI, Pusat Data

NANNING (China), 16 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kecerdasan buatan (AI) utama China, Runjian Co Ltd, memuji sokongan kerajaan Malaysia terhadap inisiatif kecerdasan buatan (AI) dan pelaburannya dalam dua pusat data kendaliannya di negara itu.

AmanahRaya Trustees, CoKeeps Bekerjasama Majukan Infrastruktur Aset Digital

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- AmanahRaya Trustees Bhd (ART), anak syarikat milik penuh Amanah Raya Bhd memeterai memorandum persefahaman dengan CoKeeps Sdn Bhd bagi meneroka penubuhan perkhidmatan Penjaga Aset Digital.

Ekonomi APEC Bersetuju Untuk Kerjasama Lebih Erat Dalam Industri Kreatif Dan Budaya

Daripada Farhana Poniman

GYEONGJU, 27 Ogos (Bernama) -- Menteri dan wakil peringkat tinggi daripada ekonomi APEC mengeluarkan kenyataan bersama yang menegaskan komitmen untuk meneruskan kerjasama dalam sektor budaya dan kreatif.

KUSKOP Lancar Misi Perdagangan Antarabangsa Ke China Perkasa Jenama Francais Malaysia

PUTRAJAYA, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) melancarkan misi perdagangan antarabangsa ke China bermula 8 hingga 10 Ogos ini.

Pelabuhan Tuna, Hasil Laut Dalam Sabah Berpotensi Jana Hingga RM1.8 Bilion Setahun

KOTA KINABALU, 3 Ogos (Bernama) -- Pembangunan pelabuhan bagi pendaratan ikan tuna dan hasil laut dalam bertaraf Kesatuan Eropah di Kota Kinabalu berpotensi menjana nilai ekonomi sehingga RM1.8 bilion setahun, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Agrobank Lancar Perkhidmatan Pembukaan Akaun Bank Atas Talian

KOTA KINABALU, 1 Ogos (Bernama) -- Agrobank hari ini melancarkan perkhidmatan pembukaan akaun bank secara atas talian, sistem perbankan digital inovatif membolehkan pelanggan membuka akaun tanpa perlu hadir ke cawangan bank.