Terdapat 3684 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi Susulan Prestasi Positif Wall Street

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih kukuh pada Selasa, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street apabila minat belian kembali ke atas saham teknologi susulan jualan besar-besaran dipacu saham kecerdasan buatan (AI) minggu lepas.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Prestasi Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, menjejaki peningkatan pasaran minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Kukuh Saham Mewah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat berterusan dalam saham mewah, seiring dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bank Pelaburan Positif Terhadap Prospek Sektor Pembuatan Malaysia Pada 2026

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bank pelaburan kekal positif terhadap prospek sektor pembuatan Malaysia pada 2026, dengan menyifatkan permintaan domestik yang berdaya tahan, ketidakpastian tarif yang semakin berkurangan dan aktiviti pelaburan yang stabil sebagai faktor utama yang menyokong pertumbuhan.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Dipacu Data Positif IPP Disember

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin selepas Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi Disember mencatatkan prestasi yang mengatasi jangkaan pasaran, sekali gus menunjukkan ekonomi domestik kekal di kedudukan kukuh.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini, mencerminkan prestasi bursa serantau yang menggalakkan dan disokong oleh sentimen positif selepas kenaikan semalaman Wall Street yang kukuh.

Pelabuhan, Logistik Dan REIT Antara Sektor Dijangka Catat Prestasi Kukuh Suku Keempat 2025

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Sektor pelabuhan, logistik dan amanah pelaburan hartanah (REIT) antara sektor yang dijangka mencatat prestasi lebih kukuh pada suku keempat 2025 berikutan asas ekonomi Malaysia yang kekal mampan serta peningkatan keyakinan pelabur, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, mencatatkan aliran masuk asing bersih sebanyak RM15.0 juta, hampir sama dengan RM12.8 juta dicatatkan seminggu sebelumnya, kata MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin selepas kenaikan di Wall Street dan pasaran utama Asia didorong indeks meningkat semula dengan ketara selepas jualan dicatatkan minggu lepas, kata penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.