Terdapat 333 berita berdasarkan kata kunci carian " dialog"

Kaukus PKS ASEAN Dorong Kerjasama Perniagaan Serantau - Ramanan 

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kaukus PKS ASEAN adalah platform strategik yang menghimpunkan wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama rentas sempadan, memperjuangkan pembangunan PKS dan menambah baik suara kolektif komuniti perniagaan serantau.

Labuan IBFC, ASAS Meterai Kerjasama Strategik Majukan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan Persatuan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam Malaysia (ASAS) memeterai perkongsian strategik bagi memperkukuh kerjasama dalam memajukan landskap kewangan Islam.

Jadikan Amalan Kawal Selia Baik Pemacu Integrasi ASEAN -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.

New Zealand Tawar Kepakaran Pertanian Tingkat Hubungan Dengan ASEAN - PM Luxon

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- New Zealand menawarkan kepakarannya serta pemindahan pengetahuan kepada negara anggota ASEAN, khususnya dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan pertanian, untuk mengukuhkan lagi hubungan melangkaui dialog, kata Perdana Menteri Christopher Luxon.

Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Sebagai Platform Kerjasama Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25) yang akan bermula esok berperanan sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama serantau dan menggerakkan kerjasama strategik bagi mempercepat transformasi tenaga ASEAN.

PM Anwar Akan Rasmi Forum Perniagaan Tenaga ASEAN Ke-25 Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN ke-25 (AEBF-25), dialog yang paling penting di rantau ini mengenai masa depan tenaga ASEAN.

TPM Fadillah Pengerusikan AMEM Ke-43 Pada 16-17 Okt

KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga  Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 16 hingga 17 Okt 2025 di sini.

Selangor Berhasrat Perluas Operasi Aeroangkasa Dan Penerbangan Di Wilayahnya

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab aeroangkasa dan penerbangan tempatan, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Pertumbuhan ASEAN+3 Disemak Naik Kepada 4.1 Peratus Bagi 2025, 3.8 Peratus Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan di rantau ASEAN+3 diunjurkan pada kadar 4.1 peratus tahun ini dan 3.8 peratus pada 2026, sekali gus merupakan satu semakan naik berbanding unjuran yang dibuat pada Julai.

Tadbir Urus Teguh Pemacu Malaysia Tetapkan Hala Tuju -- Khazanah

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu melakar hala tujunya sendiri dengan berpandukan tadbir urus teguh atau berwibawa, kejelasan moral serta himpunan imaginasi golongan yang berani merealisasikannya, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.

WE2025 Umum Berjaya Food Sebagai Penaja Korporat

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (BFood) diumumkan sebagai penaja korporat bagi Persidangan Kepimpinan WE2025: Future in Motion, yang akan diadakan pada 25-26 Nov, 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Malaysia Sasar Lonjak Eksport Ke Finland Menjelang 2030

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menggandakan eksport ke Finland menjelang 2030 terutama dalam sektor utama, yang melibatkan elektronik, makanan halal dan bahan binaan hijau.