BERITA TERKINI   Bukan mudah turunkan harga petrol kerana ia beri implikasi kewangan kepada negara - PM Anwar | Jangan remehkan usaha kerajaan turunkan harga RON95 - PM Anwar | PM Anwar minta Wisma Putra teliti dan beri maklumat terkini hasil perbincangan antara Thailand dan Kemboja -- Fahmi | PM Anwar minta KKM mempermudah proses pengisian 4,352 perjawatan di fasiliti kesihatan, termasuk pelantikan doktor kontrak - Fahmi | 

Terdapat 54 berita berdasarkan kata kunci carian " duta besar"

500 Syarikat China Dijangka Sertai Sidang Kemuncak Malaysia-China Disember Ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) pada Disember ini, dijangka menarik penyertaan 500 syarikat China yang mahu menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan baharu dengan rakan di negara ini.

Eksport Kandungan Permainan Digital Malaysia Papar Potensi Ketara Pada 2024

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 26 Sept (Bernama) -- Eksport kandungan permainan digital Malaysia dijangka menunjukkan potensi besar tahun ini, dengan Jepun muncul sebagai pasaran utama, di tengah-tengah unjuran industri permainan global yang akan mencecah US$187.7 bilion pada 2024. 

Malaysia Berpotensi Tingkatkan Pelaburan Di Laos - Duta

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk meningkatkan pelaburannya di Laos terutamanya dalam sektor tenaga boleh baharu, pertanian, pelancongan dan infrastruktur, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.

MARIC Lancar Direktori Rel Pertama Malaysia Di Berlin

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC) telah melancarkan Direktori Industri Rel Malaysia yang pertama semasa majlis perasmian InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman pada Selasa.

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Perdagangan Bilateral China-Malaysia Melonjak Kepada US$117.52 Bilion

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perdagangan bilateral antara China dan Malaysia melonjak kepada US$117.52 bilion (US$1 = RM4.30) dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, meningkat 10.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelum ini, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.