6bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mempelawa lebih banyak syarikat dan pelabur Uzbekistan untuk meneroka ke pasaran Malaysia.
6bulan ago
TASHKENT, 20 Jun (Bernama) -- Lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof ke Republik Uzbekistan dan Rusia yang bermula esok, dijangka memperluaskan lagi jaringan strategik Malaysia dalam bidang tenaga dan air di peringkat antarabangsa.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan lawatan kerja ke Uzbekistan dan Rusia bermula Jumaat ini bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi dua hala selain meninjau potensi kerjasama dalam sektor tenaga dan teknologi tinggi.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ASEAN berpotensi menjana pendapatan tambahan sebanyak US$300 bilion daripada aktiviti hijau setahun dan memanfaatkan nilai baharu sehingga US$1.5 trilion menjelang 2030 melalui pemerkasaan pelaburan hijau dan kerjasama rentas sempadan dalam grid tenaga serantau, pasaran karbon dan insentif tenaga bersih. (US$1=RM4.23)
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dalam proses menubuhkan Persatuan Pasaran Persendirian ASEAN, dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Malaysia mempelawa perniagaan Maldives untuk meneroka sektor halalnya yang dinamik terutama dalam pelancongan halal, memanfaatkan kedudukan negara sebagai hab halal global untuk merangsang kerjasama dalam bidang ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Maldives hari ini mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) -- Maldives mahu memanfaatkan potensi pelaburan Malaysia khususnya dalam sektor pertumbuhan utama, kata Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu, yang tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi empat hari.
8bulan ago
Oleh Naveen Prabu Kuppusamy
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Uganda menyasar pelaburan dari Malaysia dalam sektor tenaga dan sumber galian dengan peluang utama dalam penapisan minyak, mineral kritikal dan infrastruktur tenaga bersih, kata Menteri Tenaga dan Pembangunan Mineralnya Ruth Nankabirwa.