Terdapat 1000 berita berdasarkan kata kunci carian " institusi"

Bahagian Awam IPO Manforce Group Terlebih Langganan 3.47 Kali

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Manforce Group Bhd telah terlebih langganan sebanyak 3.47 kali susulan pemindahan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Kerjasama Kukuh Teras Pacu Daya Tahan OGSE Malaysia Harungi Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Keterjaminan tenaga Malaysia akan terus dipacu oleh ekosistem berdaya tahan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, terutama penggiat perkhidmatan peralatan minyak dan gas (OGSE) yang kekal menjadi komponen penting dalam rantaian bekalan industri berkenaan.

PayNet Catat 8.44 Bilion Transaksi Pada 2025, Bukti Pembayaran Digital Jadi Pilihan Utama

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) telah mencatat sejumlah 8.44 bilion transaksi pembayaran digital pada 2025, sekali gus membuktikan kaedah itu terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Agrobank Pacu Libat Urus Seluruh Negara Melalui Program FUNancial Day 2026

KUALA LUMPUR, 22 Apr (Bernama) -- Agrobank bakal memperkasa rangkaiannya di seluruh negara dengan pelancaran FUNancial Day 2026 iaitu program pengaktifan cawangan berskala besar yang bertujuan memperkukuh libat urus pelanggan sambil memacu pertumbuhan perniagaan merentasi semua segmen.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$128.8 Bilion Pada 15 April 2026

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.8 bilion pada 15 April 2026. 

Institusi Perbankan Perlu Jadi Rakan Strategik Bagi Kelangsungan Ekonomi Domestik -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Institusi perbankan harus memikul tanggungjawab sebagai rakan strategik dalam usaha memastikan kelangsungan ekonomi domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Umum Kemudahan Khas RM5 Bilion Untuk PMKS

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kemudahan khas berjumlah RM5 bilion bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berdepan impak krisis Asia Barat.

Kekuatan Institusi Kewangan Jadi Asas Sistem Ekonomi Negara Dalam Hadapi Krisis Asia Barat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.

Jaminan Kredit, Kelonggaran Peraturan Sokong PMKS Berdepan Krisis Tenaga

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia bertindak pantas melaksanakan langkah-langkah bantuan bersasar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan operasi di tengah-tengah krisis tenaga global yang dicetuskan oleh konflik di Asia Barat.

Jaminan Pembiayaan RM5 Bilion, Kelonggaran E-Invois Bantu PMKS Susulan Krisis Tenaga Global - PM Anwar

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

FMM, Hong Kong Productivity Council Meterai MoU Perkukuh Kerjasama Industri

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Hong Kong Productivity Council (HKPC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama industri serta meningkatkan produktiviti dalam kalangan pengilang di kedua-dua ekonomi.

Pelabur Asing Catat Aliran Masuk RM17.35 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi dua minggu berturut-turut merentasi lapan pasaran Asia, dengan jumlah aliran masuk bersih mencecah US$4.39 bilion (RM17.35 bilion), menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).