Terdapat 54 berita berdasarkan kata kunci carian " jawatankuasa dasar monetari"

Ringgit Kekalkan Kedudukan Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Menjelang Keputusan Mesyuarat MPC

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.

Saham Perladangan, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Dasar Monetari Global Berubah Namun Malaysia Ambil Pendekatan Lebih Berhati-hati

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pengurangan kadar faedah di beberapa negara di seluruh dunia mencerminkan peralihan dasar monetari global kepada pendirian yang lebih longgar, didorong oleh keadaan ekonomi domestik yang berbeza, kata penganalisis.

Kadar Faedah AS, Pembaharuan Struktur Dan Prospek Ekonomi Malaysia Pacu Ringgit - BNM

Oleh Vijian Paramasivam

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit Malaysia, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.