Terdapat 278 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah dagangan"

Pasaran Asia Catat Jualan Asing Sebanyak US$1.17 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Indeks Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Naik Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan terdahulu untuk ditutup lebih tinggi sedikit pada Isnin, menjejaki pergerakan positif di kebanyakan pasaran serantau di tengah-tengah optimis baharu terhadap potensi pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). 

Aliran Keluar Dana Asing Di Pasaran Asia Cecah US$6.73 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Trend Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.

Syarikat MD Berpotensi Tinggi Diperlukan Oleh UK Untuk Bekerjasama - Gobind

SUBANG JAYA, 20 Nov (Bernama) -- Syarikat yang berpotensi tinggi di Malaysia yang dianugerahkan status Malaysia Digital (MD) yang berprestij dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan digital bernilai tinggi, merupakan rakan kerjasama yang sedang dicari oleh United Kingdom, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.

Malaysia Di Landasan Betul Untuk Capai Paras Tinggi Sasaran Pertumbuhan 2025 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertumbuhan KDNK 2025 Berpotensi Capai Paras Lebih Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi seiring dengan kenaikan di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat ( US COMEX).

Institusi Tempatan Teruskan Aliran Belian Dengan Belian Bersih RM280.7 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu kelima berturut-turut di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk sebanyak RM280.7 juta minggu lepas.