13hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerajui Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), dilihat bakal meneruskan misi memacu pertumbuhan sektor agrikomoditi negara ke arah lebih mampan.
13hari ago
GEORGE TOWN, 16 Dis (Bernama) -- Spring Airlines akan memulakan penerbangan harian antara Shanghai dan Pulau Pinang bermula 30 Jan 2026 sekali gus mengukuhkan lagi kesalinghubungan udara di antara China dan Malaysia.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika peniaga menunggu pengumuman data penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 51 peratus Binastra Corporation Bhd, Binastra Atlantic Sdn Bhd memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi pembangunan loji solar berskala besar (LSS5) bernilai RM171.71 juta daripada Maya Jaya Sdn Bhd.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Ketika 2025 hampir melabuhkan tirai yang sarat membawa pelbagai peristiwa penting dalam sektor penerbangan, berita mengenai usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang akan disambung semula pada 30 Disember ini dijangka mencuri tumpuan pada 2026.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Tinjauan bagi penerapan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh syarikat-syarikat di Malaysia kelihatan sangat positif tahun depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh inisiatif dasar praktikal yang diperkenalkan tahun ini, seperti cukai karbon, peningkatan pelaporan ESG dan inisiatif kemampanan yang meningkat.
17hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, seiring dengan kadar asas pasaran tunai.
17hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan, berikutan minat berterusan pelabur terhadap aset selamat susulan keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah bagi kali ketiga tahun ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah selanjutnya tahun depan yang menjadikan aset selamat itu lebih menarik kepada pelabur.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif pasaran tunai.
17hari ago
PETALING JAYA, 12 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.