BERITA TERKINI   PM Anwar mahu prestasi SMK Banggi sebagai pusat pembangunan modal insan dipertingkat, mahu laporan dalam dua minggu | RM1 juta naik taraf jeti Kampung Dogoton, Pulau Banggi bagi kegunaan penduduk dan agensi penguatkuasa - PM Anwar | RM1.25 juta untuk pelbagai program termasuk pendidikan, teknologi hijau dan kesihatan di Pulau Banggi - PM Anwar | Naik taraf Jalan Kampung Limbuak Laut-Kampung Pengkalan Darat di Pulau Banggi dilaksana dengan kos hampir RM44 juta - PM Anwar | Kerajaan lulus lebih RM31 juta untuk naik taraf infrastruktur dan kemudahan rakyat di Pulau Banggi - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi positif pasaran tunai.

Pada penutup, kontrak Disember 2025 meningkat 16 mata kepada 1,645.0, Januari 2026 melonjak 15.5 mata kepada 1,647.5, Mac 2026 naik 16.5 mata kepada 1,632.0 dan Jun 2026 bertambah 14 mata kepada 1,632.0.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,158 lot berbanding 7,790 lot yang dicatatkan pada hari Khamis, manakala kepentingan terbuka jatuh ke 43,035 kontrak daripada 43,756 sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 12.42 mata atau 0.76 peratus, kepada 1,637.81 daripada 1,625.39.

-- BERNAMA