2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,000 tempahan dicatatkan bagi kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama Malaysia, Proton e.MAS 5, pada minggu pertama pelancarannya, termasuk 1,607 unit dalam tempoh 24 jam pertama.
2bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 14 Okt (Bernama) -- Tambahan peruntukan RM200 juta kepada Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) di bawah Belanjawan 2026 boleh dimanfaatkan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyeru kerajaan agar mempertimbangkan untuk mengekalkan kerangka dasar yang seimbang bagi terus menyokong kedua-dua segmen kenderaan elektrik (EV) model import sepenuhnya (CBU) dan pemasangan tempatan (CKD).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Penubuhan SemiconStart, program inkubator baharu bagi syarikat pemula niaga semikonduktor dilihat sebagai inisiatif positif dan tepat pada masanya untuk membantu membangunkan jaguh Malaysia dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E), kata Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan untuk memasukkan ‘Lemon Law’ di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 bagi melindungi pembeli daripada kenderaan rosak atau cacat, disifatkan positif terhadap keyakinan pasaran automotif, kata RHB Investment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 memaparkan usaha menseimbangkan penyatuan fiskal dengan elemen seperti kesaksamaan dan daya saing, demikian menurut beberapa ahli Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2026 turut mengetengahkan keperluan hala tuju automotif jangka panjang yang lebih jelas dalam usaha mengekalkan pertumbuhan industri itu serta keyakinan pelabur, kata Carsome.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hasil kerajaan Persekutuan diunjur meningkat 2.7 peratus kepada RM343.1 bilion pada 2026, daripada RM334.1 bilion yang dijangka pada 2025, terutamanya disumbangkan oleh hasil cukai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 perlu memastikan kursus atau program Pendidikan dan Latihan dan Vokasional (TVET) dilaraskan dengan bidang keutamaan ekonomi Malaysia seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tambah dalam pembuatan, rancangan pembangunan lima tahun serta inisiatif peralihan tenaga berteraskan masa depan, termasuk tenaga boleh baharu (TBB).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Selangor mampu meningkatkan pulangan pelaburan daripada asetnya dan terus kekal menjadi penyumbang utama (26 peratus) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Oct (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan mengukuhkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan ruang fiskal, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.