Terdapat 386 berita berdasarkan kata kunci carian " kredit"

Ringgit Dibuka Kekal Mengukuh Menjelang Pengumuman OPR, Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga hari ini ketika tumpuan pelabur terus terarah kepada penilaian semula kadar faedah di peringkat domestik dan di AS.

Portfolio Sukuk Jangka Pendek IILM Catat Paras Tertinggi Baharu US$6.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Portfolio Sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) mencapai paras rekod baharu sebanyak US$6.2 bilion (US$1=RM4.20).

ACMM Gesa Peraturan Lebih Telus Bagi Penutupan Akaun Bank

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengurusan Kredit Malaysia (ACMM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) memperkenalkan peraturan yang jelas serta telus berkaitan kewajaran penutupan akaun bank individu serta syarikat.

Ringgit Dibuka Tinggi, Hampir Cecah Paras Tertinggi Dalam Tempoh Setahun

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bulan November, hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun, dengan peniaga menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.

Penyelidikan Perbendaharaan Dan Pasaran CIMB Jangka BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus Dalam Mesyuarat Terakhir MPC

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada 6 November, disokong oleh petunjuk makroekonomi yang kukuh. 

Aset Rizab Malaysia Pada US$123.6 Bilion Setakat Akhir September 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Allianz Malaysia Perkukuh Kehadiran Di Wilayah Utara Dengan Penempatan Semula Cawangan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd sedang memperkukuh kehadirannya di wilayah utara dengan membuka cawangan baharu di Pulau Pinang hari ini.

Exim Bank, Export Finance Australia Bentuk Kerjasama Strategik Pelaburan, Perdagangan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang positif susulan ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China telah reda serta keyakinan terhadap penutupan kerajaan AS yang dijangka akan berakhir.

Ringgit Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Terhadap Sektor Perbankan AS Jejaskan Dolar

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan kebimbangan peniaga terhadap sektor bank Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan prestasi dolar AS di tengah-tengah peningkatan ketegangan perdagangan AS-China.

IGEM 2025 Dan KLSS Perkukuh Kedudukan Malaysia Untuk Terajui Agenda Hijau ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh aspirasi dalam iklim kolektif ASEAN dengan meletakkan kelestarian dan tindakan iklim sebagai teras agenda serantaunya sebagai pengerusi ASEAN pada 2025.

Sentimen Elak Risiko Dorong Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan bahawa negara maju itu akan menurunkan kadar faedah selain sentimen mengelak risiko di peringkat global.