10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memberi lebih penekanan terhadap promosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang selamat, berlandaskan kestabilan politik, ekonomi, dasar pro-perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
10bulan ago
Oleh Niam Seet Wei, Norsyafawati Ab Wahab, Mohd Khairi Idham Amran, Ahmad Erwan Othman & Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31, yang berakhir Jumaat di Desaru dekat sini, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang menjadi kunci dalam mencapai aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) – Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara dengan memperluaskan destinasi eksport serta memperkukuh hubungan diplomasi perdagangan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Penganjuran Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 pada 28 Feb ini di Desaru, Johor akan membincangkan pelbagai perkara penting bagi integrasi ekonomi ASEAN, khususnya di bawah tema keterangkuman dan kemampanan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Tiada mana-mana negara boleh menentukan dasar Malaysia -- sama ada berkaitan perdagangan, pelaburan, atau hubungan luar -- kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pendirian Malaysia jelas untuk kekal berkecuali dan tidak akan terlibat dalam persaingan kuasa besar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka melepasi paras tertunggak US$50 bilion (US$1=RM4.46) pada 2025, kata Fitch Ratings.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE), lawatan pertama ke luar negara untuk 2025, telah memberikan hasil yang memberangsangkan dengan kejayaan Perdana Menteri dan Malaysia mendapat kepercayaan kerajaan UAE dan syarikat besar dari negara teluk itu untuk menjalin kerjasama ekonomi.
1tahun ago
ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.