1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan pendigitalan untuk meningkatkan ketelusan data dalam pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), memperkukuh mekanisme tadbir urus bagi melonjakkan keyakinan pelabur, serta melabur dalam modal insan supaya tenaga kerja bersedia menggunakan teknologi tenaga masa depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kekal kukuh pada Selasa, apabila ketidaktentuan dasar monetari AS yang berterusan menjejaskan mata wang itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian dua hala dengan negara luar berupaya memangkin kemasukan pelaburan untuk membantu menyerap kos pembangunan infrastruktur hab industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berada pada US$123.6 bilion (US$1= RM4.19) pada akhir September 2025, meningkat daripada US$122.68 bilion pada akhir Ogos 2025, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menterjemahkan Visi Putrajaya 2040 kepada bentuk kerjasama yang praktikal dan bersasar, khususnya dalam menangani jurang serta mempercepat transformasi digital.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Projek penggiliran tanaman di PERDA Food Valley, Pulau Pinang merekodkan pengeluaran berjumlah 7,131 tan metrik hingga September lepas, berbanding 5,101 tan metrik sepanjang 2024.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Nestle (Malaysia) Bhd (Nestle) meningkat kepada RM114.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 (S3 2025) daripada RM85.4 juta setahun sebelumnya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pengenalan status ASEAN Business Entity (ABE) berpotensi mewujudkan lebih banyak syarikat multinasional (MNC) ASEAN yang dapat meningkatkan peluang pasaran di rantau ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Semakan cukai eksais mengikut penilaian pasaran terbuka (OMV) yang dijadual dilaksanakan pada Januari 2026 dijangka ditangguhkan untuk kali kelima, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
2bulan ago
KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkukuh ketelusan dalam pengendalian rayuan akaun bank ditutup dengan mewajibkan institusi kewangan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun terjejas, kata Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua tiang rangkuman kewangan, muncul sebagai satu daripada hanya dua pasaran yang telah melonjak dalam ketiga-tiga tiang, kata Indeks Rangkuman Kewangan Global 2025 oleh Principal Financial Group.