BERITA TERKINI   5E Resources mula berdagang di Pasaran ACE, dibuka pada 28 sen, iaitu premium dua sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 36.22 juta saham diniagakan | 

Terdapat 56 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran china"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniaga Dengan Kecenderungan Menaik Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik di tengah-tengah kenaikan harga minyak mentah dan minyak kacang soya, kata seorang peniaga.

Dagangan Di Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.

Isu Timur Tengah, Ekonomi Global Heret Turun Bursa Malaysia

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter telekomunikasi dan media susulan kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global.

Malaysia Raih Jualan Lebih RM400 Juta Di Ekspo China-ASEAN 2024

KUALA LUMPUR, 3 Okt  (Bernama) -- Pempamer Malaysia di acara Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat prestasi mengatasi jangkaan dengan menjana jualan bernilai lebih RM402.88 juta berbanding sasaran awal RM320 juta.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

Pengukuhan Ringgit Beri Kelebihan Kepada Sektor Pengguna, REIT Dan Perladangan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik, menurut Bursa Malaysia Bhd.

Bursa Malaysia Dijangka Kembali Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Kenderaan Elektrik Pertama Proton Jalani Ujian Jalan Raya Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) melancarkan fasa ujian tempatan yang menyeluruh untuk kenderaan elektrik (EV) sulung pengeluar kereta nasional itu, Proton e.MAS 7.