10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia perlu mengukuhkan hubungan diplomatiknya dengan rakan utama seperti Amerika Syarikat (AS), khususnya dalam perniagaan, pelaburan dan keselamatan untuk memastikan pertumbuhan mampan selain mengekalkan perdagangan yang adil dan seimbang.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dan menjejaki prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia dapat menarik nafas lega susulan pengurangan tarif timbal balas yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke atas kedua-dua negara sebelum ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah meminta melalui Kementerian Luar, membincangkan isu tarif pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur kekal berhati-hati selepas Washington mengumumkan penangguhan tarif balas selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
10bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, menamatkan tiga hari penurunan berturut-turut susulan pengumuman Presiden AS, Donald Trump mengenai penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari untuk semua negara kecuali China.
10bulan ago
TAWAU, 10 April (Bernama) -- Kadar tarif baharu Amerika Syarikat (AS) ke atas 90 negara termasuk Malaysia dilihat tidak begitu menjejaskan harga komoditi eksport negara terutamanya minyak sawit, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong oleh sentimen positif susulan pengumuman penangguhan sementara tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang meredakan potensi perang dagangan besar-besaran serta berlakunya kemelesetan ekonomi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika mata wang negara maju itu lemah susulan Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan tarif timbal balas selama 90 hari, kata ahli ekonomi.