1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika jangkaan terhadap penurunan kadar faedah AS pada Disember semakin ketara, sekali gus mengasak tekanan terhadap mata wang negara maju berkenaan, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi kebimbangan terhadap permintaan yang lemah serta unjuran pengeluaran yang dijangka meningkat dalam minggu-minggu terdekat.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit terus menunjukkan prestasi menggalakkan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, apabila dolar AS menyusut susulan kenyataan berdiplomasi oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, seiring dengan unjuran untuk mencecah RM4.10 menjelang akhir tahun, susulan kenyataan yang cenderung kepada penurunan kadar faedah oleh pegawai Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah melemahkan mata wang AS itu.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri minggu dagangan ini dengan prestasi yang lebih lemah dan ditutup lebih rendah pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap permintaan yang lemah, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring kenaikan beberapa mata wang serantau walaupun laporan gaji bukan pertanian AS untuk September lebih kukuh daripada jangkaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.