Terdapat 227 berita berdasarkan kata kunci carian " penyenaraian"

Bursa Malaysia Tegur Fitters, Denda Lima Pengarah RM400,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd secara terbuka telah menegur Fitters Diversified Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran Utama.

Bursa Malaysia Tegur Ecobuilt, Denda Dua Bekas Pengarah RM200,000 Seorang

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran awam kepada Ecobuilt Holdings Bhd (ECOHLDS) dan dua bekas pengarahnya berikutan melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities (LR Utama).

Cheeding Sasar Raih RM51.5 Juta Daripada IPO

PETALING JAYA, 12 Sept (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan kejuruteraan utiliti, Cheeding Holdings Bhd menyasarkan untuk meraih RM51.5 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 7 Okt 2025.

JS Solar Catat Lebihan Langganan 48.32 Kali

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) JS Solar Holdings Bhd telah mencatatkan lebihan langganan sebanyak 48.32 kali, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadualkan pada 23 September, 2025.

SC, FSA Oman Sepakat Tingkatkan Pembangunan Pasaran Modal, Pembinaan Kapasiti

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) Kesultanan Oman hari ini menandatangani Program Usaha Sama Pembangunan Pasaran Modal untuk memajukan perkongsian strategik antara kedua-dua pihak berkuasa itu.

IPO Express Powerr Terlebih Langgan 13.55 Kali

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Penyedia khidmat penyewaan penjana, Express Powerr Solutions (M) Bhd (Express Powerr), mencatatkan lebihan langganan sebanyak 13.55 kali untuk tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 September, 2025.

Penyahsenaraian FGV Bolehkan Felda Tumpu Pulangan Bagi Peneroka, Nilai Pegangan Saham

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Langkah penyahsenaraian FGV Holdings Bhd daripada Bursa Malaysia esok, memberi peluang lebih besar kepada salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu melaksanakan strategi, termasuk menumpukan usaha menjana pulangan lebih menarik kepada peneroka selain nilai bagi pemegang sahamnya.

Khazanah Masih Berperanan Penting Dalam Ekosistem Modal Teroka Negara

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Express Powerr Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Jangka Raih RM36.0 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2025 MR DIY Meningkat Kepada RM158.58 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih MR DIY Group (M) Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2025 meningkat kepada RM158.58 juta daripada RM155.21 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Bursa Malaysia Tegur Secara Terbuka MCOM Kerana Gagal Serah Penyata Beraudit

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Malaysia) memberi teguran secara terbuka kepada MCOM Holdings Bhd kerana gagal mengumumkan penyata kewangan beraudit (AFS) tahunan bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 30 Jun 2024 menjelang tarikh akhir 31 Okt 2024.

Saham MUIB Digantung Esok Menjelang Pengumuman Penting

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Transaksi dagangan saham Malayan United Industries Bhd (MUIB) akan digantung pada jam 9 pagi hingga 5 petang esok sementara menunggu pengumuman penting syarikat itu.