Terdapat 2338 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi"

Keuntungan Bersih SGX Mengukuh Pada S$357.1 Juta, Pendapatan Naik 0.1 Peratus

SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- SGX Group (Singapore Exchange) hari ini, mencatatkan keputusan separuh tahun yang paling kukuh, dengan keuntungan bersih melonjak sebanyak 11.6 peratus kepada S$357.1 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2026 berakhir 31 Dis 2025 berbanding S$320.1 juta (S$1 = RM3.09) yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.

HLIB Kekalkan Unjuran Harga MSM 2026 Pada RM4,200 Satu Tan

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM4,200 satu tan metrik (mt) dan pendapatan untuk 2026 pada masa ini, menunggu semakan semula selepas langkah terkini Indonesia menangguhkan pelaksanaan mandat B50.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum penurunannya pada tengah hari susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter-kaunter wajaran tinggi terpilih, terutamanya dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, kesihatan, serta utiliti.

Proton Perluas Strategi Elektrifikasi Dengan Menceburi Segmen PHEV

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Proton memperluas strategi elektrifikasinya dengan menceburi segmen kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), meletakkan Proton e.MAS 7 PHEV baharu sebagai tawaran utama untuk meluaskan pasaran melangkaui kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya.

Untung Bersih F&N Susut RM112.9 Juta bagi Suku Pertama Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 menurun kepada RM112.19 juta daripada RM169.02 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya.

KAF Digital Bank Lantik Suzaini Mukhtar Sebagai CEO

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- KAF Digital Bank Bhd mengumumkan pelantikan Suzaini Mukhtar sebagai ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Feb, 2026.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Semalaman Wall Street Merosot

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street merosot.

Moorest Yang Tersenarai Di SGX Jalin Kerjasama Dengan Unit Sime Darby Bagi TBB, Luar Pesisir

SINGAPURA, 3 Feb (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tambatan, Mooreast Holdings Ltd (Mooreast Holdings) mengumumkan kerjasama dengan unit Sime Darby Bhd, Sime Darby Joy Industries Sdn Bhd, mengenai peluang perniagaan luar pesisir, termasuk tenaga boleh baharu (TBB). 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain serta unit serantau ASEAN pada Selasa, terus dipacu oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Kalangan Syarikat Digesa Urus Risiko Mata Wang Susulan Pergerakan Ringgit - Johari

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kalangan syarikat perlu mengurus risiko mata wang secara aktif melalui langkah lindung nilai dan strategi perniagaan yang sesuai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

JS-SEZ Berpotensi Jadi Model Pembangunan Serantau, Boleh Diperluas Ke Negara Jiran - Pakar

JOHOR BAHRU, 3 Feb (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berpotensi menjadi model pembangunan serantau yang boleh diterapkan bersama negara jiran lain sekiranya pelaksanaannya dapat merangkumi integrasi pergerakan barangan dan logistik.

Pengukuhan Ringgit Bukan Luar Jangka, Seiring Keteguhan Ekonomi Malaysia

Oleh Frank Julian Martin

SIBU, 2 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sememangnya dijangka memandangkan ekonomi Malaysia terus teguh, dipacu pembangunan infrastruktur, peningkatan ketibaan pelancong di samping harga komoditi serta elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih baik.