Terdapat 648 berita berdasarkan kata kunci carian " rakuten"

Aktiviti Buru Saham Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi seiring prestasi ekuiti serantau, dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah selepas indeks utama mencecah seketika di bawah paras psikologi 1,700 dalam sesi dagangan sebelum ini.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Mendatar Pada 1,710–1,740 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan mendatar dalam julat 1,710 hingga 1,740 minggu depan, kata Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan langkah pelabur mengambil keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman berikutan pelabur kekal berhati-hati berikutan sentimen tidak menentu terhadap saham berkaitan kecerdasan buatan (AI). 

Bursa Malaysia Pulih Daripada Paras Terendah Harian, Ditutup Susut 0.39 Peratus

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis, namun berjaya pulih daripada paras terendah harian, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung khususnya dalam saham perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Susut Selepas Catat Kenaikan Awal Didorong Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis tetapi menyusut kemudiannya didorong oleh aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan  semalaman. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Ketidaktentuan Dasar AS

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan meningkat namun susut kemudiannya ketika pelabur lebih berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan membabitkan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini sekali gus mengakhiri rentetan peningkatan selama tiga hari.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Ambil Petunjuk Prestasi Lemah Wall Street

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Seiring Kenaikan Wall Street Di Sebalik Perkembangan Tarif

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh minggu lepas walaupun terdapat perkembangan terkini mengenai tarif Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan, Lepasi Paras 1,770

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi minggu depan, melepasi paras 1,770 yang didorong penyertaan pelabur yang lebih aktif menjelang musim pelaporan prestasi kewangan syarikat.

KLCI Dijangka Didagangkan Mendatar Minggu Hadapan Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan secara mendatar pada minggu hadapan memandangkan aktiviti pengambilan untung mungkin muncul dalam kaunter saham-saham mewah terkemuka dalam tempoh terdekat.