1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding negara jirannya dalam menangani krisis tenaga global kerana negara ini merupakan pengeksport tenaga bersih, rizab petroleum yang mencukupi sehingga Mei 2026 dan ruang fiskal daripada rasionalisasi subsidi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada dagangan tengah hari Jumaat di bawah paras psikologi 1,700, menjejaki prestasi suram kebanyakan pasaran serantau apabila sentimen terus dijejaskan oleh lonjakan harga minyak, termasuk Brent melebihi US$100 setong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan rakyat terus menerima bantuan melalui penyasaran subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95, selain mengekalkan harga petrol dan diesel walaupun perbelanjaan subsidi bahan api meningkat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa khas yang dipengerusikan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bagi meneliti perkembangan serta impak ekonomi semasa susulan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran mula diaktifkan, kata Jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI DIESEL kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang dilancarkan pada Isnin merupakan rangka tindakan yang positif dan tepat pada masanya yang bertujuan mempertingkatkan pasaran modal Malaysia, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 berbeza daripada pelan terdahulu dari segi skop dan penilaian semula berikutan perubahan pesat yang didorong oleh kepantasan pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) serta jangkaan pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia kini perlu melakukan lonjakan dengan aspirasi baharu dan kejelasan tujuan untuk mengekalkan keyakinan, mengukuhkan penyertaan serta memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran modal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia dijangka tumbuh mencecah RM13.8 trilion hingga RM20 trilion menjelang 2045 selain berkembang secara organik RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion bagi tempoh lima tahun akan datang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatatkan sejumlah RM426.7 bilion bagi pelaburan diluluskan dalam 2025 yang juga pencapaian tertinggi pernah diraih, melonjak sebanyak 11 peratus berbanding RM384.4 bilion pada 2024.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara apabila jumlahnya mencecah RM426.7 bilion pada 2025, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 95,285 kes bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM6.2 bilion diselesaikan sehingga 18 Februari 2026, kata Kementerian Kewangan (MOF).