Terdapat 2641 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Kebanyakan Mata Wang Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan kebanyakan mata wang serantau pada Jumaat berikutan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang mereda, meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Kacang Soya CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) ketika waktu dagangan Asia, kata peniaga.

Kesiapsiagaan Akar Umbi Hadapi El-Nino Mesti Diperkukuh - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kesiapsiagaan di peringkat akar umbi dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diperkukuh kerana langkah pencegahan dan persediaan awal adalah benteng terbaik dalam mengharungi kesan cuaca ekstrem yang semakin tidak menentu.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.

Malaysia, Turkmenistan Dijangka Meterai Kerjasama Hidrokarbon 19 Jun Ini

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia dijangka memeterai perjanjian kerjasama hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan pada 19 Jun ini dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan tenaga negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis walaupun data inflasi Amerika Syarikat (AS) bagi Mei lebih tinggi daripada jangkaan.

Pengenalan Biodiesel B15 Mampu Tangani Inflasi, Beban Fiskal -- CGS International

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Inisiatif kerajaan untuk melancarkan adunan biodiesel B15 merupakan satu langkah strategik memandangkan bahan mentah yang lebih murah mampu melemahkan paras inflasi domestik dan mengurangkan kos fiskal, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Aktiviti Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih Dorong Bursa Malaysia Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengurangkan kerugian pada sesi tengah hari susulan aktiviti belian ketika harga rendah dalam kalangan saham berwajaran tinggi terpilih, didahului oleh Petronas Chemicals, Tenaga Nasional dan Kuala Lumpur Kepong.

Harga MSM Dijangka Tinggi Pada Separuh Kedua 2026 Dipacu El Nino, Permintaan Biobahan Api

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan tinggi pada separuh kedua 2026, disokong kemungkinan fenomena El Nino yang kuat serta peningkatan harga minyak soya dan biji sesawi susulan lonjakan permintaan terhadap biobahan api, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Dipacu Anggaran Eksport Lebih Kukuh, Pengeluaran Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh anggaran eksport yang lebih kukuh serta pengeluaran yang lebih rendah, kata seorang peniaga.

Lawatan Ke Jepun Perkukuh Pelaburan, AI Dan Perdagangan Dua Hala - PM Anwar

Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar

TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun menumpukan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam menarik pelaburan dan perdagangan serta sektor berteknologi tinggi yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Saham Defensif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, mengatasi prestasi beberapa pasaran serantau apabila penurunan semula saham teknologi global dan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat mendorong pelabur beralih kepada pasaran yang lebih defensif serta berorientasikan domestik.