13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melakar sejarah apabila merekodkan keuntungan tertinggi selama dua tahun berturut-turut, masing-masing RM227 juta pada 2024 dan RM201 juta pada 2025, selepas berdepan kerugian besar dalam tempoh dua tahun sebelumnya.
13hari ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
MANAMA, 11 Feb (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) sedang memajukan strategi pengembangan globalnya dengan meletakkan Bahrain sebagai hab strategik untuk mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.
13hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata sebuah firma pembrokeran.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) & Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2026, yang bertemakan “Beyond Limits”, akan diadakan dari 10 hingga 12 November, 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelancaran WEY G9 Hi4 PHEV oleh Great Wall Motor (GWM) berjaya meraih lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu pertama, mencerminkan permintaan awal yang kukuh terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) tenaga baharu mewah pemasangan tempatan pertama serta peningkatan keyakinan pelanggan terhadap kenderaan hibrid pintar.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) Pulau Pinang yang telah lama bertapak menonjolkan kepentingan untuk negeri-negeri lain di Malaysia membina kekuatan mereka sendiri di bawah Pelan Induk Perindustrian Nasional (NIMP) 2030, kata InvestPenang.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Golden Screen Cinemas (GSC) meluaskan peranannya melangkaui perniagaan pawagam dengan menjalin kerjasama strategik bersama Manulife Malaysia menerusi kempen ‘Life, Directed by You!’.
14hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Penggiat industri minyak sawit tempatan perlu melaksanakan pendekatan berperingkat untuk menambah hasil dengan meningkatkan purata produktiviti minyak sawit mentah (MSM) daripada 3.5 tan kepada 4.5 tan sehektar menjelang 2035.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- UOB Malaysia melanjutkan pinjaman berkaitan kelestarian (SLL) bernilai RM600 juta (US$150 juta) kepada RHB Banking Group.
14hari ago
SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 antara dua hingga empat peratus berbanding sasaran sebelumnya iaitu satu hingga tiga peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.
14hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.