14hari ago
GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
15hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran buruh Singapura terus berkembang pada suku pertama 2026, dengan jumlah pekerjaan melonjak sebanyak 9,400, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
15hari ago
GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menyemak naik unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia untuk 2026 kepada 4.9 peratus daripada 4.1 peratus.
18hari ago
BUTTERWORTH, 12 Jun (Bernama) -- Galatek Technologies (Galatek) membuka kemudahan pembuatan, pemasangan serta penghantarannya di Pulau Pinang, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab strategik bagi pembangunan industri semikonduktor dan pengeluaran maju.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- GWM Malaysia menyasarkan pertumbuhan jualan dua angka menjelang akhir 2026 berikutan prestasi kukuhnya pada tahun lepas apabila jualan melonjak sebanyak 177 peratus kepada hampir 5,900 unit daripada 2,128 unit pada 2024.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) mencatatkan pertumbuhan 8.2 peratus tahun ke tahun pada April 2026 dengan pertumbuhan tertinggi sejak September 2022 disokong oleh pengembangan dalam semua sektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada RM175.0 bilion pada April 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Program Bank Rakyat BizMatch: Make Malaysian Businesses Great yang berlangsung di Tokyo, Jepun sempena Nikkei Forum Future of Asia 2026 berpotensi menjana urus niaga melebihi RM500 juta dalam tempoh 12 bulan akan datang.
19hari ago
TOKYO, 11 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Jepun bersetuju untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan tenaga seiring dengan usaha berterusan Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi teknologi termaju dan pembuatan bernilai tinggi.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kewibawaan dan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi faktor penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur asing, khususnya dari Jepun terhadap prospek ekonomi negara semasa lawatan rasmi beliau ke negara itu, kata Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.