1tahun ago
GEORGE TOWN, 18 Jan (Bernama) -- Eleganz Lifestyle Sdn Bhd, sebahagian daripada unit Kumpulan Autolifestyle, hari ini membuka secara rasmi bilik pameran kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS pertamanya di Pulau Pinang.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) menyediakan peluang pertumbuhan lebih besar dalam perdagangan, pelaburan, dan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan United Kingdom, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Potensi sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada di Malaysia, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US berikutan penurunan permintaan terhadap dolar US dipengaruhi oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah dan jangkaan terhadap pelaksanaan tarif secara beransur-ansur, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama) -- Forum Kewangan Masa Depan 2025 merupakan inisiatif oleh AmanahRaya Investment Management (ARIM) yang direka untuk melengkapkan pelajar universiti dengan kemahiran celik kewangan yang penting.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).
1tahun ago
KOTA KINABALU, 14 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menyasarkan untuk menerbangkan lima juta penumpang ke Sabah melalui Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada 2025, hampir dua kali ganda daripada 3.7 juta ketibaan yang direkodkan pada 2024.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 14 Jan (Bernama) -- Industri tuna yang telah lama bertapak di pulau bebas cukai, Labuan berpotensi untuk terus berkembang sekali gus menawarkan manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 14 Jan (Bernama) -- Selgate Corp Sdn Bhd (Selgate Corp), melalui anak syarikat penjagaan kesihatannya, Selgate Healthcare Sdn Bhd menandatangani perjanjian pembangunan dan pajakan bersama MTT Properties and Development Sdn Bhd (MTT Properties) bagi membina sebuah hospital pakar swasta di Balik Pulau, Pulau Pinang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian mengenai persediaan menghadapi kemungkinan perkembangan berkaitan sekatan Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI).
1tahun ago
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.